Tuesday, August 17, 2010

PENGENALAN


PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DARUL EHSAN MALAYSIA atau nama singkatan PKAYDEM telah didaftarkan melalui ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) pada 13 hari bulan Oktober 2006 dengan No. Pendaftaran PPP 1436-06-SEL. 

Pertubuhan ini merupakan sebuah badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan membantu golongan miskin serta yang  kurang berkemampuan terutamanya golongan anak-anak yatim, mereka juga daripada golongan keluarga miskin agar mendapat perlindungan dan pendidikan akademik yang sempurna dalam menjalani kehidupan dihari mendatang. Bagi membantu mengatasi masalah kemiskinan yang membelenggu kehidupan golongan tersebut, pertubuhan ini telah mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah rumah amal 2 tingkat dan sabuah surau yang diberi nama RUMAH AMAL ANAK YATIM PKAYDEM telah didirikan di lot 873-A, Jalan Banting Klang, Kampong Sungai Manggis, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan. 

Rumah tersebut menjadi tempat perlindungan bagi anak-anak yatim dan anak-anak asnaf menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna di samping mendapat pendidikan akademik serta mendalami ilmu keagamaan dengan lebih mendalam. Segala perbelanjaan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pertubuhan ini melalui bantuan dan sumbangan badan-badan tertentu yang simpati dan prihatin akan nasib anak-anak ini dengam memberi sumbangan secara berkala.(xkekal).

         Pembangunan fizikal dan mental seiring dengan iltizam dan meningkatkan program kerohanian serta mencorakkan minda masyarakat selaras dengan matlamat untuk membina negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Masyarakat negara ini yang masih lagi hidup serba kekurangan tanpa pembelaan haruslah diberi tumpuan dalam merangka agenda pembangunan insan

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) sentiasa menawarkan khidmat bakti untuk membela masyarakat yang kurang berkemampuan bagi mencapai impian dan bersedia merancang untuk merangka agenda sejajar dengan pencapaian kemajuan.

Secara amnya, PKAYDEM merupakan sebuah pertubuhan yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra yang bertindak sebagai agen sosial. Penubuhan ini mempunyai potensi untuk membantu meningkatkan taraf pembangunan insan sekiranya diberi peluang dan sokongan oleh semua pihak.

Dengan lahirnya pertubuhan ini, kami dapat menyahut seruan kerajaan untuk membentuk sebuah negara sejahtera rentetan daripada program pembangunan fizikal dan mental yang disediakan. Oleh itu kita mampu mencorakkan minda anak-anak yatim selari dengan matlamat untuk membina diri yang kearah kecemerlagan

            

MATLAMAT/VISI 

Matlamat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) ini adalah untuk membantu nasib golongan anak-anak yatim miskin agar mendapat perlindungan dan pembelaan yang sewajarnya dalam menjalani kehidupan seharian. Antara lain matlamat PKAYDEM adalah:-
  •     Menjadikan RUMAH AMAL ANAK YATIM PKAYDEM sebagai rumah gentian kepada kanak-kanak di bawah jagaanya. Oleh itu, perhatian dan keutamaan diberikan dalam memastikan jagaan yang baik dan sempurna dapat dijalankan dengan suasana harmoni dan penuh limpahan kasih sayang seperti yang terdapat dalam sebuah rumah yang normal. Suasana seperti ini membolehkan kanak-kanak tersebut membesar secara menyeluruh dari segi emosi, jasmani dan rohani. Keperluan asas seperti makan dan minum, pakaian dan lain-lain juga turut disediakan oleh rumah amal ini.
  •       Memberikan perlindungan dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak yatim miskin agar mendapat perhatian dan jagaan yang sempurna.

 Objektif-objektif Pertubuhan adalah seperti berikut:-

o   Menguruskan kebajikan dan bantuan kepada anak-anak yatim Islam yang miskin. Disamping itu juga menyediakan tempat tinggal, makan-minum, keperluan pembelajaran dan lain-lain perkara yang dapat membantu mengurangkan penderitaan mereka.

o   Menyediakan peluang-peluang latihan dan pembangunan sumber bertenaga kepada anak-anak yatim untuk membaiki nasib serta masa depan mereka sekeluarga.

o   Membantu memberi perlindungan dan pendidikan agama kepada anak-anak yatim miskin supaya dapat menikmati kehidupan dengan lebih sempurna di samping tidak keciciran dalam pendidikan akademik.

o   Menjadikan generasi anak-anak yatim miskin yang bukan sahaja berilmu dan beramal malah mengimplikasikannya kepada masyarakat, agama, bangsa dan Negara.

o   Memegang amanah dan menguruskan harta perseorangan atau organisasi (wakaf) untuk dimanfaatkan pada kerja-kerja kebajikan dan keagamaan untuk kepentingan anak-anak yati m dibawah jagaanya.
      
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN
                                                                        






No comments:

Post a Comment